BoBoiBoy
| BoBoiBoy | |
|---|---|
| Genre | Animasi Komedi Aksi Kembara Adiwira |
| Pencipta | Nizam Razak |
| Pengarah | Nizam Razak (Musim 1) Yap Ee Jean dan Dzubir Mohammed Zakaria (Musim 2 dan 3) |
Pelakon suara | Nur Fathiah Diaz Nur Sarah Alisya Zainal Rashid Yap Ee Jean Dzubir Mohammed Zakaria Wong Wai Kay Muhammad Fathi Diaz Nizam Razak Anas Abdul Aziz Yvonne Chong Shin Vun |
Penggubah lagu tema | Yuri Wong dan Johnathan Lee |
| Lagu pembukaan | "BoBoiBoy, Superhero Kita!" "Jagalah Bumi" (Musim 3, Episod 19 sahaja) |
| Lagu penutup | "Bersedia" "Jagalah Bumi" (Musim 3, Episod 20 sehingga Musim 3, Episod 26) |
| Penggubah | Yuri Wong Jonathan Lee Ming Yew |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bilangan musim | 3 |
| Bilangan episod | 52 (Senarai episod) |
| Penerbitan | |
| Lokasi | Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia |
| Tempoh siaran | 9-10 minit (Musim 1) 20 minit (Musim 2-3) |
Syarikat penerbitan | Animonsta Studios |
Syarikat pengedaran | Media Prima |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | TV3 |
| Siaran asal | 13 Mac 2011 – 11 Jun 2016 |
| Status | Tamat |
| Diikuti oleh | BoBoiBoy Galaxy |
| Pautan luar | |
| Laman sesawang | |
| Tapak sesawang penerbitan Animonsta Studios | |
BoBoiBoy adalah sebuah siri televisyen animasi dan francais Malaysia yang dihasilkan oleh Animonsta Studios. Kisah ini mengikuti seorang berumur Sebelas tahun budak lelaki bernama BoBoiBoy yang mempunyai kuasa super elemental dan mampu memisahkan diri menjadi tiga. BoBoiBoy telah menemui sebuah robot bernama Ochobot Yang dia mempunyai jam tangan adiwira, dan dia adalah robot yang baik. dan BoBoiBoy ada Atuk bernama Tok Aba, yang berniaga kedai Tok Aba's Kokotiam, yang membuat Tok Aba's Special Hot Chocolate minuman. Bersama rakan-rakanya, Yaya, Ying, Gopal dan Fang lima mereka membentuk sebuah pasukan dan berjuang untuk melindungi Bumi. daripada ancaman luar angkasa yang bertujuan untuk menakluk Bumi, khususnya makhluk asing Adu Du, Probe dan Computer yang ingin menaklukkan bumi untuk mendapat biji Tok Aba Kokotiam Coklat.
Siri asal, berjudul BoBoiBoy, mempunyai tiga musim, telah bersiaran dari 13 Mac 2011 hingga 11 Jun 2016. Kemudian, ia disusuli dengan filem pertamanya, BoBoiBoy: The Movie telah ditayangkan pada 3 Mac 2016.
Satu siri baharu berjudul BoBoiBoy Galaxy, yang merupakan sekuel kepada siri asal dan filem, mula menyiarkan musim pertamanya dari 25 November 2016 hingga 22 Jun 2018. Selepas musim pertama BoBoiBoy Galaxy, filem kedua, BoBoiBoy Movie 2 ditayangkan pada 8 Ogos 2019. Mengikuti filem kedua, Animonsta menerbitkan musim kedua BoBoiBoy Galaxy dalam bentuk komik bermula 2020, disebabkan penerbitan itu dalam penghasilan filem dan siri Mechamato yang berada dalam francais yang sama.
Penerbitan mereka juga telah mengumumkan dalam Persidangan Kreatif 2020, filem ketiga BoBoiBoy sedang disiapkan dan tayangannya dijadualkan pada 2026. namun ditangguhkan. Dalam pada itu, Animonsta meneruskan usaha menerbitkan BoBoiBoy Galaxy musim kedua dalam bentuk siri animasi.