Anas Abdul Aziz
Anas Abdul Aziz | |
|---|---|
| Kelahiran | Muhammad Anas bin Abdul Aziz 26 November 1983 |
| Pendidikan | Filem dan Animasi |
| Pusat pendidikan | Universiti Multimedia |
| Pekerjaan | Penulis skrip, pelakon suara dan pengasas Animonsta Studios |
| Tahun aktif | 2005–kini |
Muhammad Anas bin Abdul Aziz (Jawi: محمد انس بن عبدالعزيز; 26 November 1983) merupakan seorang juruanimasi, pengarah dan pelakon suara Malaysia. Beliau merupakan pencipta dan pengarah siri animasi BoBoiBoy untuk siaran di TV3 dan merupakan salah seorang pengasas Animonsta Studios di samping Mohd Nizam Abd Razak, Safwan Abd Karim dan Kee Yong Pin. Beliau merupakan pelajar filem dan animasi di Universiti Multimedia.