Mechamato Movie

Mechamato Movie
PengarahNizam Razak
PenulisNizam Razak
BerdasarkanMechamato oleh Nizam Razak
Dihasilkan olehKee Yong Pin
Nizam Razak
Ezdiani Ahmad Fawzi (eksekutif)
Raja Jastina Raja Arshad (eksekutif)
Ferdiawan Gunarto (penyelaras)
DibintangiArmand Ezra Ezal
Adzlan Nazir
Fadhli Mohd Rawi
Ielham Iskandar
Marissa Balqis
Fazreen Mohd
Hazzley Abu Bakar
Feroz Faizal
Disunting olehDzubir Mohammed Zakaria
Raja Nukman Raja Mohd Noordin
Hafiz Ashraf Saipul Islam
Muzik olehYuri Wong
Nur Sharmine Md Bakri
Simmy Lor
Syarikat
penerbitan
Diedarkan oleh
Tarikh tayangan
  • 8 Disember 2022 (2022-12-08) (Malaysia)
  • 8 Mac 2024 (2024-03-08) (Netflix)
Masa tayangan
122 minit (pawagam)
123 minit (Astro First)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 10 juta
Pecah panggungRM 35.88 juta

Mechamato Movie ialah sebuah filem aksi cereka sains animasi komputer Malaysia 2022 dan prekuel kepada siri animasi Mechamato: The Animated Series. Dihasilkan oleh Monsta Studios dan Astro Shaw bersama serta diedarkan oleh Astro Shaw, filem ini ditulis dan diarahkan oleh Nizam Razak dan dibintangi oleh Armand Ezra, Adzlan Nazir, Fadhli Mohd Rawi, Ielham Iskandar, Marissa Balqis, Fazreen Mohd, Hazzley Abu Bakar dan Feroz Faizal. Filem ini mengikuti pertemuan pertama Amato dengan MechaBot dalam kapal angkasa penjara yang terhempas di mana Amato akhirnya menjadi tuan baharu MechaBot, menyebabkan mereka dikejar oleh Grakakus, makhluk asing yang jahat.

Pada mulanya diumumkan untuk tayangan 2021, filem ini telah ditangguhkan beberapa kali disebabkan oleh RTM. Hal ini menyebabkan siri animasi dikeluarkan sebelum filem ini. Tayangan filem ini diumumkan secara rasmi pada 8 Disember 2022.

Mechamato Movie mula ditayangkan di Malaysia dan Brunei pada 8 Disember 2022 sementara Indonesia dan Singapura ditayangkan pada Disember 2022. Filem ini mendapat pujian dari pengkritik filem dan artis-artis tempatan dari segi kualiti dan jalan penceritaan.