Latheefa Koya
Latheefa Koya | |
|---|---|
| ലത്തീഫ ബീവി കോയ | |
| Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke-5 | |
| Dalam jawatan 1 Jun 2019 – 9 Mac 2020 | |
| Dicalonkan oleh | Mahathir Mohamad |
| Dilantik oleh | Abdullah |
| Timbalan | Azam Baki (Operasi) Shamsun Baharin Mohd Jamil (Pencegahan) Ja'afar Mahad (Pengurusan & Profesionalisme) |
| Didahului oleh | Mohamad Shukri Abdull |
| Digantikan oleh | Azam Baki |
| Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty | |
| Dalam jawatan Julai 2018 – 31 Mei 2019 | |
| Didahului oleh | Eric Paulsen |
| Digantikan oleh | Melissa Sasidaran |
| Penasihat Lawyers for Liberty | |
| Dalam jawatan Januari 2011 – Julai 2018 | |
| Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
| Digantikan oleh | N. Surendran |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Latheefa Beebi Koya 4 Februari 1973 Kerala, india |
| Kewarganegaraan | Malaysia |
| Parti politik | Parti Keadilan Rakyat (PKR) (2008-2019) |
| Gabungan politik lain | Pakatan Rakyat (PR) (2008-2015) Pakatan Harapan (PH) (2015-2019) |
| Kediaman | Kuala Lumpur, Malaysia |
| Pekerjaan | Ahli politik, aktivis hak asasi manusia |
| Bidang pengkhususan | Peguam |
| Artikel ini adalah sebahagian daripada siri pada |
| Politik Malaysia |
|---|
| Negara Anggota ASEAN |
| Portal Malaysia |
Latheefa Beebi Koya (lahir 4 Februari 1973) ialah Ketua Biro Hal Ehwal Guaman Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau pernah menjadi AJK Angkatan Muda Parti Rakyat Malaysia sebelum PRM bergabung dengan Parti Keadilan Nasional.
Pada 16 Julai 2012, Latheefa Koya meletakkan jawatan sebagai ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berkuat kuasa serta merta. Sebelum ini beliau dikatakan akan disingkir daripada jawatan itu. Latheefa tidak menyentuh secara langsung sebab perletakan jawatannya tetapi menyebut sepintas lalu berhubung isu perumahan rakyat miskin. Hal itu pernah dibangkitkan dan dihantarnya melalui e-mel kepada kepimpinan tertinggi PKR.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri mengusulkan cadangan untuk membuangnya mengikut laporan media. Surat perletakan jawatan turut dihantar kepada Presiden PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Bandar MBPJ.