Fauziah Nawi
Fauziah Nawi | |
|---|---|
فوزيه ناوى | |
| Kelahiran | Fauziah binti Nawi 26 Jun 1953 |
| Pekerjaan | Juruhebah radio, pelakon, penyanyi, pengarah, penari, pengacara, penulis |
| Tahun aktif | 1973–kini |
| Pasangan | Berkahwin dengan Mohamad Hanif Gedek 1975 hingga suami meninggal dunia. |
| Anak-anak | 2 (termasuk Pitt Hanif dan Siti Noor Fateha) |
| Anugerah | Festival Filem Malaysia ke-12 - Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Sayang Salmah) |
Yang Hormat Datuk Hajah Fauziah Nawi (lahir 26 Jun 1953) merupakan seorang juruhebah radio, pelakon, penyanyi, pengarah dan penari Malaysia. Beliau juga berkhidmat sebagai tenaga pengajar Akademi Fantasia Musim keempat (2006) dan keenam (2008). Pada Mei 2019, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman.