Khurafat The Series

Khurafat The Series
GenreSeram
Berdasarkan daripada
Khurafat: Perjanjian Syaitan oleh Syamsul Yusof
Ditulis olehSyamsul Yusof (cerita)
PengarahIsmail Yaacob
Dibintangi oleh
Zahiril Adzim
Nora Danish
BahasaBahasa Melayu
Bilangan musim1
Bilangan episod13
Penerbitan
PenerbitYusof Haslam
Tempoh siaran45 minit
Syarikat penerbitan
Skop Productions
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Format audioStereo
Siaran asal12 Julai 2011 – 4 Oktober 2011

Khurafat The Series (juga dikenali sebagai Khurafat: Setiap Mayat Ada Cerita) ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia terbitan Skop Productions disiarkan di Astro Ria dari 12 Julai 2011 hingga 4 Oktober 2011. Drama ini diadaptasi daripada filem Khurafat: Perjanjian Syaitan yang diarahkan oleh Syamsul Yusof, yang meraih kutipan pecah panggung. Ia dibintangi oleh Zahiril Adzim dan Nora Danish, mengisahkan tentang Mastura yang mengikat perjanjian sehidup semati dengan Johan tetapi akhirnya segala apa yang dipersetujui itu telah menghantui pasangan kekasih terbabit.