Liyana Jasmay

Liyana Jasmay
Kelahiran
Liyana binti Jasmay

(1988-03-28) 28 Mac 1988
Nama lainLJ, Nana
PendidikanDiploma Seni Persembahan
Pusat pendidikanUniversiti Sunway
PekerjaanPelakon, penyanyi, penerbit, pengarah, usahawan, pengacara, penulis
Tahun aktif1997–kini
PasanganFathuddin Mazlan (k. 2013)
Anak-anak2
IbuHabsah Simpon
BapaJasmay Md Shah
SaudaraAdriana Jasmay (kakak)

Liyana Jasmay (lahir 28 Mac 1988) ialah seorang pelakon, penyanyi, penerbit, pengarah dan usahawan wanita Malaysia. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 1997 dengan membuat kemunculan sulungnya dengan membawakan peranan kecil menerusi drama Si Lembik arahan Aznil Nawawi sebelum melangkah ke peranan utama menrerusi drama termasuk KAMI The Series (2007), Puaka Niyang Rapik (2008-2009), Zati dan Si Mawas (2009) dan Ponti Anak Remaja (2010). Beliau membuat kemunculan sulungnya di layar lebar menerusi filem Castello (2006). Liyana telah berlakon dalam beberapa filem pecah panggung termasuk KAMI The Movie (2008), Maut (2009), Papadom (2009), Pisau Cukur (2009), Niyang Rapik (2010), Khurafat: Perjanjian Syaitan (2011), Senjakala (2011), Isyarat Cinta (2015), Bella & Jamie (2019), Harimau Malaya: The Untold Journey (2024) dan Baik Punya Ah Long (2024). Liyana melancarkan kerjaya muziknya pada 2009 menerusi single sulung "Aku Tak Percaya Cinta" dan seterusnya melancarkan album EP pertama, LJ (2010) yang merupakan singkatan bagi namanya diterbitkan oleh Alibi Music.

Liyana telah meraih pelbagai anugerah dan pencalonan dalam bahagian televisyen dan filem termasuk Festival Filem Malaysia, Anugerah Skrin, Anugerah Shout!, dua pencalonan Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi Pelakon Filem Wanita Popular dan lain-lain. Selain itu, beliau turut mengembangkan lagi profilnya sebagai selebriti dengan menjadi penerbit televisyen dengan menubuhkan syarikatnya, Mermaid Studios yang mengkhususkan kepada penerbitan rancangan televisyen dan sebagai usahawanita dengan menubuhkan Mermaid Luxe dan Mermaid Store pada 2015.