Kabinet Anwar pertama
| Kabinet Anwar Ibrahim | |
|---|---|
Kabinet Malaysia ke-23 | |
| 2022 - 2023 | |
| Tarikh dibentuk | 24 November 2022 |
| Tarikh dibubarkan | 12 Disember 2023 |
| Orang dan pertubuhan | |
| Ketua negara | Al-Sultan Abdullah |
| Ketua kerajaan | Anwar Ibrahim |
| Sejarah ketua kerajaan | HG |
| Timbalan ketua kerajaan | |
| Bilangan menteri | 28 Menteri 27 Timbalan Menteri. |
| Menteri digugurkan (Death/resignation/dismissal) | 1 kematian menteri |
| Jumlah bilangan menteri | 27 terkini sejak Julai 2023 |
| Parti anggota | |
| Status dalam badan perundangan | Kerajaan gabungan diketuai Pakatan Harapan |
| Kabinet pembangkang | Pembangkang diketuai Perikatan Nasional |
| Parti pembangkang | |
| Ketua pembangkang | Hamzah Zainudin |
| Sejarah | |
| Pilihan raya | Malaysia 2022 |
| Penggal dalam badan perundangan | Parlimen Malaysia ke-15 |
| Belanjawan |
|
| Pendahulu | Kabinet Ismail Sabri |
| Pengganti | Kabinet Anwar kedua |
Kabinet Anwar pertama (Jawi: كابينيت انوار ڤرتام) ialah barisan jemaah menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim telah dibentuk pada 2 Disember 2022. Kabinet ini ialah kabinet pertama dibentuk di bawah pentadbiran Anwar Ibrahim selepas beliau dilantik sebagai Perdana Menteri dan dibentuk selepas berlangsungnya pilihan raya umum pada November 2022. Kabinet ini berakhir pada 12 Disember 2023 disebabkan berlakunya rombakan.