Fadillah Yusof

Fadillah Yusof
SSAP (Pahang); DA (Sarawak); DGSM (Melaka);
PNBS, PGBK, PNBS, ABS (Sarawak); MP (Malaysia)
فضيلة يوسف
Timbalan Perdana Menteri II
Menyandang jawatan
3 Disember 2022
Berkhidmat with Ahmad Zahid Hamidi
Raja
Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Didahului oleh Ismail Sabri Yaakob
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Malaysia
Menyandang jawatan
12 Disember 2023
RajaAl-Sultan Abdullah Sultan Ibrahim Ismail
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
TimbalanAkmal Nasrullah Mohd Nasir
Didahului olehKementerian baharu
Menteri Perladangan dan Komoditi Malaysia
Dalam jawatan
3 Disember 2022 – 12 Disember 2023
Raja Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Timbalan Siti Aminah Aching
Didahului oleh Zuraida Kamaruddin
Digantikan oleh Johari Abdul Ghani
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Petra Jaya, Sarawak
Menyandang jawatan
17 Mei 2004
Didahului olehSulaiman Daud
Majoriti12,816 (2004)
14,397 (2008)
21,443 (2013)
15,017 (2018)
41,363 (2022)
Naib Presiden Kanan
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu
Menyandang jawatan
2017
PresidenAbang Johari Tun Openg
Menteri Kanan
Kluster Pembangunan Infrastruktur
Dalam jawatan
30 Ogos 2021 – 24 November 2022
RajaAl-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Perdana MenteriIsmail Sabri Yaakob
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
RajaAl-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Perdana MenteriMuhyiddin Yassin
Didahului olehJawatan baharu
Menteri Kerja Raya
Dalam jawatan
30 Ogos 2021 – 24 November 2022
RajaAl-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Perdana MenteriIsmail Sabri Yaakob
Digantikan olehAlexander Nanta Linggi
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
RajaAl-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Perdana MenteriMuhyiddin Yassin
Didahului olehBaru Bian
Dalam jawatan
16 Mei 2013 – 9 Mei 2018
Raja
Perdana MenteriNajib Razak
Didahului olehShaziman Abu Mansor
Digantikan olehBaru Bian
Timbalan Menteri
Sains, Teknologi dan Inovasi
Dalam jawatan
19 Mac 2008 – 15 Mei 2013
Raja
Perdana Menteri
Didahului olehKong Cho Ha
Digantikan olehAbu Bakar Mohamad Diah
Ketua Pemuda
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu
Dalam jawatan
2007–2017
Presiden
Digantikan olehGerald Rentap Jabu
Maklumat peribadi
Lahir
Fadillah bin Yusof

(1962-04-17) 17 April 1962
Sibu, Tanah Jajahan Mahkota Sarawak (kini Malaysia)
Parti politikParti Pesaka Bumiputera Bersatu
Gabungan politik
lain
Barisan Nasional (1989–2018)
Gabungan Parti Sarawak (sejak 2018)
PasanganDatin Sri Hajah Ruziah Mohd Tahir
Anak5
KediamanPetrajaya, Sarawak
Tempat belajarUniversiti Malaya (LLB)
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanPeguam

Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof (Jawi: فضيلة بن يوسف; lahir 17 April 1962) ialah seorang ahli politik dan peguam Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia sejak 2022, Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air sejak 2023 serta Ahli Parlimen (MP) bagi Petra Jaya sejak Mac 2004. Beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri pertama dari Sarawak, salah satu negeri di Borneo.

Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi dari Disember 2022 hingga Disember 2023, Menteri Kanan yang bertanggungjawab ke atas Kerja Raya merangkap Menteri Kerja Raya bagi penggal ketiga dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN) di bawah bekas Perdana Menteri Ismail Sabri dari Ogos 2021 sehingga kejatuhan pentadbiran BN pada November 2022. Beliau juga berkhidmat sebagai Menteri Kanan yang bertanggungjawab ke atas Pembangunan Infrastruktur merangkap Menteri Kerja Raya bagi penggal kedua dalam pentadbiran Perikatan Nasional (PN) di bawah bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dari Mac 2020 hingga Ogos 2021, dan bagi penggal pertama dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN) di bawah bekas Perdana Menteri Najib Razak dari Mei 2013 hingga Mei 2018.Selain itu, beliau pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Sains, Inovasi dan Alam Sekitar, salah satu daripada hanya dua jawatankuasa pilihan yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen pembangkang dari Disember 2019 sehingga pelantikan semula beliau sebagai Menteri pada Mac 2020. Fadillah merupakan Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Setiausaha Am & Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS). Beliau juga ialah Ketua Whip Parlimen GPS dan telah berkhidmat sebagai Naib Presiden Kanan PBB sejak 2017. Sebelum itu, beliau merupakan Ketua Pemuda PBB dari 2007 hingga 2017.