The Journey

The Journey
一路有你 Yī lù yǒu nǐ
Poster keluaran tayangan
PengarahChiu Keng Guan
Lakon layar
  • Ryon Lee
  • Chan Yoke Yeng
Dihasilkan oleh
  • Choo Chi Han
  • Heng Yee Jia
Dibintangi
  • Ben Andrew Pfeiffer
  • Lee Sai Peng
  • Joanne Yew Hong Im
SinematografiEric Yeong
Disunting olehGwyneth Lee
Muzik olehAlex San
Syarikat
penerbitan
Woohoo Pictures
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
  • 30 Januari 2014 (Malaysia)
Masa tayangan
97 minit
NegaraMalaysia
BahasaMandarin
Kantonis
Inggeris
BajetRM3 juta
Pecah panggungRM16.87 juta

The Journey (一路有你 Yī lù yǒu nǐ) merupakan filem drama komedi keluarga Malaysia 2014 arahan Chiu Keng Guan dengan lakon layar oleh Ryon Lee. Filem ini dibintangi oleh Ben Andrew Pfeiffer, Lee Sai Peng dan Joanne Yew Hong Im. Filem ini mengisahkan seorang bapa yang membenarkan anak perempuannya untuk mengahwini seorang pemuda Inggeris dengan satu syarat iaitu pemuda tersebut harus mengikutinya mengelilingi seluruh negara untuk menyerahkan jemputan perkahwinan mereka.

Filem ini telah berjaya memenangi empat anugerah daripada enam pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-27 (termasuk Filem bukan dalam bahasa Melayu Terbaik). Sehingga tahun 2018, The Journey berada di tempat ke-3 dalam senarai filem tempatan dengan kutipan tertinggi, di belakang Polis EVO dan Abang Long Fadil 2.