KL Gangster (siri filem)

KL Gangster
Logo siri filem KL Gangster
PengarahSyamsul Yusof
PenulisSyamsul Yusof
Dihasilkan olehDatuk Yusof Haslam
Tengku Iesta Tengku Alaudin (2)
SinematografiOmar Ismail
Syamsul Yusof
Disunting olehHisham Jupri
Syamsul Yusof
Muzik olehHafiz Hamidun
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
Masa tayangan
196 minit (semua 2 filem)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 6.02 juta
Pecah panggungRM 16.70 juta

KL Gangster merupakan sebuah siri filem berkaitan dengan Malek, seorang bekas ketua gangster di Kuala Lumpur. Siri filem yang dihasilkan oleh Skop Productions ini terdiri dari filem KL Gangster (2011), KL Gangster 2 (2013). Siri utama diarahkan oleh Syamsul Yusof Kesemua filem telah diterbitkan oleh Datuk Yusof Haslam. Syamsul Yusof dan Zizan Razak pula telah membintangi dalam kesemua filem ini.

Siri filem ini merupakan siri filem dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman, dengan kesemua filem didalam siri ini antara filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman.Filem KL Gangster merupakan filem buatan Malaysia pertama yang mencecah takat kutipan RM 10 juta di pawagam-pawagam tempatan dan mempertahankan gelaran filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman selama tiga tahun.