Soffi Jikan

Soffi Jikan
Soffi pada 2010.
Kelahiran
Mohamad Shoffi bin Jikan

(1970-11-13) 13 November 1970
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, penyanyi, penulis, pengarah
Tahun aktif2001–kini
Terkenal keranaZul Kapan dalam Rock (2005)
Kolenel Buyong dalam Kala Malam Bulan Mengambang (2008)
Junna dalam Estet (2010)
Ajib dalam KL Gangster (2011)
Rokiman dalam Taubat Seorang Samseng (2012)
PasanganIzzaty Isma Ibrahim
Anak-anak3
HubunganShaiful Jikan (adik)

Mohamad Shoffi Jikan atau lebih dikenali sebagai Soffi Jikan (lahir 13 November 1970) ialah seorang pelakon, penyanyi, penulis dan pengarah filem yang sering muncul menerusi watak-watak sampingan dalam filem-filem popular di Malaysia. Beliau juga dikenali sebagai aktivis teater dan juga penulis lakon layar dan amat dikenali menerusi watak-watak pembantu dalam sesebuah karya yang besar. Walaupun beliau kurang mendapat publisiti yang meluas, bakat lakonannya yang menjadi taruhan dan diberi kepercayaan oleh pengarah yang ingin mendapatkan khidmat beliau.