Pilihan raya negeri Selangor 2008

Pilihan raya Negeri Selangor 2008

8 Mac 2008

Kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor
29 kerusi diperlukan untuk majoriti
Terdaftar4,385,290 orang
Pengundi hadir4,379,990 orang
  Parti majoriti Parti minoriti
 
Pemimpin Abdul Khalid Ibrahim Mohamad Khir Toyo
Parti PKR UMNO
Gabungan Gabungan DAP-PAS-PKR Barisan Nasional
Pemimpin sejak 2007 2000
Kerusi pemimpin Ijok Sungai Panjang
Pilihan raya
lepas
2 54
Kerusi sebelum 2 54
Kerusi yang
diperlukan
29
Kerusi yang
dimenangi
38 20
Perubahan kerusi 36 34
Undian popular 0
Peratusan 0
Peralihan undi 0

Menteri Besar sebelum pilihan raya

Khir Toyo
Barisan Nasional, (UMNO)

Terpilih

Abdul Khalid Ibrahim
Pakatan Rakyat, (PKR)

Pilihan raya negeri Selangor telah diadakan pada hari Sabtu, 8 Mac tahun 2008, bersamaan dengan pilihan raya umum Malaysia 2008.

Hari penamaan calon telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia pada hari Ahad, 12 Februari 2008.

Pengundian berlangsung di seluruh 56 kawasan pilihan raya negeri dengan masing-masing pengundi memilih calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ke Dewan Undangan Negeri Selangor.

Parti Barisan Nasional berjaya mendapat sebanyak 20 kerusi di Dewan Negeri Selangor manakala gabungan tidak rasmi parti pembangkang Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya mendapatkan lebih banyak berbanding Barisan Nasional iaitu sebanyak 36 kerusi.

Oleh itu, Selangor merupakan salah satu daripada lima kemenangan gabungan parti-parti ini di pilihanraya negeri yang mencirikan kekuatan pembangkang yang sangat kuat yang akan dialami Malaysia dalam dekad berikutnya, dan memandangkan kedudukannya sebagai negeri utama, ia dianggap sebagai kekalahan yang paling besar dan mengejutkan bagi Barisan Nasional.

Setelah memenangi pilihanraya ini dan membentuk kerajaan baru, gabungan DAP-PAS-PKR dikenali sebagai Pakatan Rakyat pada 1 April 2008.