Ibrahim Ismail
Allahyarham Jeneral (B.) Tun Dato' Sir Ibrahim bin Dato' Ismail (19 Oktober 1922 – 23 Disember 2010) ialah Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia yang ketiga. Perlantikan beliau unik kerana beliau asalnya pegawai kadet dalam pasukan Askar Timbalan Setia Johor (Johore Military Force, JMF). Tidak kurang uniknya, beliau satu-satunya Panglima Angkatan Tentera yang dianugerahi gelaran "Tun" oleh Yang Di-Pertuan Agong setakat ini.