Darjah Empayar British

Darjah Empayar British
The Most Excellent Order of the British Empire
JenisGolongan kesatriaan, anugerah, gelaran kehormatan 
Dizahirkan4 Jun 1917 
NegaraUnited Kingdom 
Cogan kataFor God and the Empire
PengasasGeorge V dari United Kingdom 
Susunan keutamaan
Lebih tinggiDarjah Diraja Victoria 
Lebih rendahDarjah Mahkota India 
sunting · sunting di Wikidata

The Most Excellent Order of the British Empire ("Darjah Yang Paling Cemerlang Empayar British") adalah anugerah kesateriaan Great Britain ataupun England dikurniakan kepada rakyat jelata British atas sumbangan kepada sains dan kesenian, penglibatan dalam kerja amal kebajikan serta khidmat awam selain dalam jawatan kerajaan. Anugerah kurniaan ini diasaskan oleh Raja George V pada 4 Jun 1917; ia terdiri dari lima kelas diberikan merentasi division awam dan ketenteraan ; yang mana pangkat teratas seperti tersenarai di bawah adalah darjah tertinggi menurut turutan:

Darjah Kurniaan Yang Paling Cemerlang Empayar British
Darjah Panggilan Parap kehormat Nota
Pertama Knight Grand Cross Sir GBE setaraf "Kesateria Utama"
Dame Grand Cross Dame
Kedua Knight Commander Sir KBE setaraf "Panglima"
Dame Commander Dame DBE
Ketiga Commander CBE setaraf "Johan"
Keempat Officer OBE setaraf "Pegawai"
Kelima Member MBE setaraf "Ahli"

Terdapat satu lagi jenis anugerah iaitu “British Empire Medal” yang mana penerimanya bukan dari anggota pemerintah (bukan rakyat England). Anugerah tersebut sudah tidak lagi diguna pakai atau diberi di England pada masa kini, tetapi masih digunakan oleh beberapa negara-negara komanwel sahaja seperti Bahamas dan Kepulauan Cook.

Cogankata utama yang menghiasi kalung pingat darjah ini adalah For God and the Empire dalam bahasa Inggeris yang bermaksud "Demi Tuhan dan Empayar".