Force 136

Force 136
Ditubuhkan pada1941 (1941)
(sebagai India Mission)
1942 (1942)
(sebagai GSI(k))
1944 (1944)
(sebagai Force 136)
Dibubarkan1946 (1946)
Negara United Kingdom
KesetiaanMarkas Asia Tenggara
JenisAgensi perisikan masa perang untuk Timur Jauh
Pasukan khas
Peranan
Sebahagian daripadaSpecial Operations Executive
Ibu pejabatKandy, Ceylon (kini dikenali sebagai Sri Lanka)
MaskotPhoenix
PertempuranPerang Dunia Kedua
Komander
Komander
terkenal
Colin Mackenzie

Force 136 ialah cabang Timur Jauh bagi organisasi perisikan British semasa Perang Dunia Kedua, iaitu Special Operations Executive (SOE). Ia pada asalnya ditubuhkan pada tahun 1941 sebagai India Mission dengan nama samaran GSI(k), dan kemudiannya menyerap saki-baki Oriental Mission SOE pada April 1942. Orang yang bertanggungjawab sepenuhnya sepanjang kewujudannya ialah Colin Mackenzie.

Organisasi ini ditubuhkan untuk menggalakkan serta membekalkan gerakan-gerakan penentangan tempatan di Raj Britsh. Force 136 beroperasi di Kancah Asia Tenggara dalam Perang Dunia Kedua yang diduduki Jepun dari 1941 hingga 1945: Burma, Tanah Melayu, Sumatera, Siam, dan Indochina Perancis.

Walaupun barisan atasan Force 136 terdiri daripada pegawai dan orang awam British, sebahagian besar individu yang mereka latih dan gunakan sebagai ejen adalah penduduk asal rantau operasi tersebut. Sebagai contoh, orang Burma, India dan Cina telah dilatih sebagai ejen untuk misi di Burma. Pegawai dan pegawai tidak bertauliah (NCO) British serta Eropah lain dihantar ke belakang garisan musuh untuk melatih gerakan penentangan. Bekas pegawai kolonial dan individu yang pernah bekerja di negara-negara tersebut untuk pelbagai syarikat mengetahui bahasa tempatan, masyarakat serta keadaan tanah, lalu menjadi amat berharga kepada SOE. Antara pegawai yang paling terkenal ialah Freddie Spencer Chapman di Tanah Melayu dan Hugh Seagrim di Burma.