Tentera Darat Malaysia
| Tentera Darat Malaysia تنترا دارت مليسيا | |
|---|---|
Tentera Darat Malaysia | |
| Aktif | 1 Mac 1933 - sekarang |
| Negara | Malaysia |
| Kesetiaan | SPB Yang di-Pertuan Agong |
| Jenis | Tentera darat |
| Saiz | 80,000 anggota tetap 50,000 anggota simpanan |
| Sebahagian daripada | Angkatan Tentera Malaysia |
| Pangkalan | Markas Tentera Darat, Kementerian Pertahanan |
| Moto | Gagah Setia |
| Warna | Merah Hijau Kuning |
| Kawat | Gempur Wira |
| Peringatan | 1 Mac 1933 |
| Pertempuran | Perang Dunia Kedua Konfrontasi Indonesia-Malaysia Pencerobohan Lahad Datu 2013 |
| Komander | |
| Panglima Tentera Darat | Jeneral Tan Sri Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan |
| Timbalan Panglima Tentera Darat | Leftenan Jeneral Dato' Tengku Muhammad Fauzi Bin Tengku Ibrahim |
| Panglima Medan Barat | Leftenan Jeneral Dato' Seri Haji Muhammad Huzaimi bin Sabri |
| Panglima Medan Timur | Leftenan Jeneral Dato' Mohd Sofi bin Md Lepi |
| Sarjan Mejar Rejimen Tentera Darat | Pegawai Waran 1 Mohamad Fauzi bin A.Rahman |
| Tanda kebesaran | |
| Simbol pengenalan | |
Tentera Darat Malaysia ialah komponen darat dan komponen terbesar dalam Angkatan Tentera Malaysia. Tentera Darat Malaysia mempunyai 17 rejimen dan kor dan yang diaturkan menjadi pasukan-pasukan tempur, pasukan-pasukan bantuan tempur dan pasukan-pasukan bantuan. Pasukan yang paling utama di dalam Tentera Darat Malaysia adalah Rejimen Askar Melayu.