Menteri Kanan (Malaysia)

Menteri Kanan
Malaysia
منتري كانن
Penyandang
JAWATAN DIMANSUHKAN
sejak 16 Ogos 2021 (2021-08-16)
Pejabat Perdana Menteri
GelaranYang Berhormat
Anggota bagiKabinet Malaysia
Bidang kuasaMalaysia
Dilantik olehYang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri Malaysia
Tempoh jawatan10 Mac 2020 (2020-03-10) – 16 Ogos 2021 (2021-08-16)
Dibentuk10 Mac 2020 (2020-03-10)
Tapak webwww.kabinet.gov.my/bkpp/
sunting · sunting di Wikidata

Menteri Kanan ialah sebuah jawatan politik yang terdapat dalam Kabinet Malaysia. Pemegang jawatan ini mula diperkenalkan pada pentadbiran Perdana Menteri Malaysia kelapan, Muhyiddin Yassin, beliau memperkenalkan jawatan Menteri Kanan yang disandang oleh empat orang sebagai ganti kepada ketiadaan jawatan Timbalan Perdana Menteri pada sesi kepimpinan beliau. Menteri Kanan berperanan menyelaras hal ehwal Kabinet yang berkaitan dengan bidang-bidang ekonomi, keselamatan, pembangunan infrastruktur serta pendidikan dan sosial.

Pemegang jawatan ini disediakan dengan kawalan motor polis trafik pengiring dan kawalan rapat oleh Unit Tindakhas.