Kong Cho Ha
Kong Cho Ha | |
|---|---|
| Menteri Pengangkutan Malaysia | |
| Dalam jawatan 4 Jun 2010 – 5 Mei 2013 | |
| Didahului oleh | Ong Tee Keat |
| Digantikan oleh | Hishammuddin Hussein |
| Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia | |
| Dalam jawatan 9 April 2009 – 1 Jun 2010 | |
| Didahului oleh | Ong Ka Chuan |
| Digantikan oleh | Chor Chee Heung |
| Setiausaha Agung Persatuan Cina Malaysia (MCA) | |
| Dalam jawatan 7 April 2010 – 2 Januari 2014 | |
| Didahului oleh | Wong Foon Meng |
| Digantikan oleh | Ong Ka Chuan |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Lumut, Perak | |
| Dalam jawatan 29 November 1999 – 5 Mei 2013 | |
| Didahului oleh | Yap Yit Thong |
| Digantikan oleh | Mohamad Imran Abdul Hamid |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 15 September 1950 |
| Parti politik | - MCA - BN |
| Pasangan | Puan Sri Chan Tat Chin |
| Pekerjaan | Ahli Parlimen |
Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Seri Kong Cho Ha (lahir 15 September 1950) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina yang pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Kewangan Malaysia selepas Pilihan Raya Umum 2004. Pada 9 April 2009, Kong menggantikan Ong Ka Chuan sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan kemudiannya pada 4 Jun 2010 menggantikan Ong Tee Keat sebagai Menteri Pengangkutan. Beliau merupakan mantan ahli parlimen Lumut, Perak dari 29 November 1999 hingga 5 Mei 2013. Beliau pernah menjadi Setiausaha Agung parti Persatuan Cina Malaysia (MCA), sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) dari 7 April 2010 hingga 2 Januari 2014.