Khaidhirah Abu Zahar

Khaidirah Abu Zahar
خضيرة أبو ظهر
Timbalan Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka
(Perancangan Ekonomi, Kewangan, Hal Ehwal Tanah, Agensi Bukan Kerajaan, Pelaburan, Industri, Teknikal, Pembangunan Pendidikan dan Latihan Vokasional (TVET))
Menyandang jawatan
6 April 2023
GabenorMohd Ali Rustam
Ketua MenteriAb Rauf Yusoh
AhliAb Rauf Yusoh
Kawasan pilihan rayaRim
Timbalan Speaker
Dewan Undangan Negeri Melaka
Dalam jawatan
27 Disember 2021 – 6 April 2023
GabenorMohd Ali Rustam
Ketua MenteriSulaiman Md Ali
(2021–2023)
Ab Rauf Yusoh
(Mac–April 2023)
SpeakerIbrahim Durum
Didahului olehGhazale Muhamad
Digantikan olehKerk Chee Yee
Kawasan pilihan rayaRim
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka
bagi Rim
Menyandang jawatan
20 November 2021
Didahului olehGhazale Muhamad
(BNUMNO)
Majoriti1,327 (2021)
Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Melaka
2021–Barisan Nasional
Maklumat peribadi
Lahir
Khaidhirah binti Abu Zahar

(1984-03-02) 2 Mac 1984
Merlimau, Melaka, Malaysia
Kewarganegaraan Malaysia
Parti politikPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
Gabungan politik
lain
Barisan Nasional (BN)
Pasangan
  • Tengku Shafriz-Rullah Tengku Shahid (k. 2006; c. 2010)
  • Helmi Yusof (k. 2011; c. 2016)
  • Syfik Izdzywan Sidek (k. 2020)
PertalianAbu Zahar Ithnin (father)
Anak1 anak perempuan dan 1 anak angkat
Tempat belajarUniversiti Teknologi MARA
Universiti Malaya
Pekerjaan
  • Pelakon
  • pengarah
  • ahli politik
  • pengacara
Nama panggilanDira

Khaidhirah Abu Zahar (lahir 2 Mac 1984) merupakan seorang ahli politik Malaysia, pengacara, pengarah dan bekas pelakon yang telah berkhidmat sebagai Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (EXCO) dalam pentadbiran negeri Barisan Nasional (BN) di bawah Ketua Menteri merangkap Ahli Ab Rauf Yusoh sejak April 2023 serta Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) bagi Rim sejak November 2021. Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka dari Disember 2021 sehingga pelantikannya sebagai Timbalan Ahli EXCO pada April 2023. Beliau ialah seorang ahli dan Naib Ketua Bahagian Jasin bagi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen dalam gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN). Beliau juga lebih dikenali dengan nama pentasnya iaitu Dira.

Beliau merupakan pelakon pertama yang dipilih sebagai seorang wakil rakyat selepas kemenangannya dalam Pilihan raya negeri Melaka 2021, secara keseluruhan selebriti kedua yang menjadi wakil rakyat selepas bekas Senator Jins Shamsuddin yang telah meninggal dunia.