Kerk Chee Yee
Kerk Chee Yee | |
|---|---|
郭子毅 | |
| Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Melaka | |
| Menyandang jawatan 31 Julai 2023 | |
| Gabenor | Mohd Ali Rustam |
| Ketua Menteri | Ab Rauf Yusoh |
| Didahului oleh | Khaidhirah Abu Zahar |
| Kawasan pilihan raya | Ayer Keroh |
| Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (Komunikasi, Multimedia, Pembangunan Belia dan Sukan) | |
| Dalam jawatan 16 Mei 2018 – 2 Mac 2020 | |
| Gabenor | Mohd Khalil Yaakob |
| Ketua Menteri | Adly Zahari |
| Didahului oleh | Latiff Tamby Chik (Komunikasi dan Multimedia) Idris Haron (Pembangunan Belia) Ab Rahman Ab Karim (Sukan) |
| Digantikan oleh | Sulaiman Md Ali (Komunikasi dan Multimedia) Mohd Rafiq Naizamohideen (Pembangunan Belia dan Sukan) |
| Kawasan pilihan raya | Ayer Keroh |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi Ayer Keroh | |
| Menyandang jawatan 9 Mei 2018 | |
| Didahului oleh | Khoo Poay Tiong (PR–DAP) |
| Majoriti | 9,261 (2018) 5,264 (2021) |
| Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Melaka | |
| 2018– | Pakatan Harapan |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Kerk Chee Yee 9 Julai 1992 Melaka, Malaysia |
| Kerakyatan | Malaysia |
| Parti politik | Parti Tindakan Demokratik (DAP) |
| Gabungan politik lain | Pakatan Harapan (PH) |
| Pertalian | Kerk Kim Hock (bapa) Mook Kwai Mei (ibu) |
| Tempat belajar | Universiti Melbourne |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Kerk Chee Yee di Facebook | |
Kerk Chee Yee (Bahasa Cina: 郭子毅; Pinyin Mandarin: Guō Ziyì; Jyutping: Gwok3 Zi2 Ngai6; Pe̍h-ōe-jī: Keh Chú-gē; lahir 9 Julai 1992) merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Melaka sejak Julai 2023 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) bagi Ayer Keroh sejak Mei 2018. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dalam pentadbiran negeri Pakatan Harapan (PH) di bawah bekas Ketua Menteri Melaka Adly Zahari dari Mei 2018 sehingga kejatuhan pentadbiran negeri PH pada Mac 2020. Beliau merupakan seorang ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen Pakatan Harapan, kini merupakan ADUN termuda Melaka serta anak kepada bekas Setiausaha Agung DAP Kerk Kim Hock.