Dinasti dalam sejarah China
| Sejarah China | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| PURBA | |||||||
| 3 Tokoh Mulia & 5 Maharaja | |||||||
| Dinasti Xia 2100–1600 BC | |||||||
| Dinasti Shang 1600–1046 BC | |||||||
| Dinasti Zhou 1045–256 BC | |||||||
| Zhou Barat | |||||||
| Zhou Timur | |||||||
| Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh | |||||||
| Zaman Negeri-Negeri Berperang | |||||||
| Maharaja | |||||||
| Dinasti Qin 221 BC–206 BC | |||||||
| Dinasti Han 206 BC–220 AD | |||||||
| Han Barat | |||||||
| Dinasti Xin | |||||||
| Han Timur | |||||||
| Tiga Kerajaan 220–280 | |||||||
| Wei, Shu & Wu | |||||||
| Dinasti Jin 265–420 | |||||||
| Jin Barat | 16 Kerajaan 304–439 | ||||||
| Jin Timur | |||||||
| Dinasti-dinasti Utara & Selatan 420–589 | |||||||
| Dinasti Sui 581–618 | |||||||
| Dinasti Tang 618–907 | |||||||
| ( Zhou Kedua 690–705 ) | |||||||
| 5 Dinasti & 10 Kerajaan 907–960 |
Dinasti Liao 907–1125 | ||||||
| Dinasti Song 960–1279 |
|||||||
| Song Utara | Xia Barat | ||||||
| Song Selatan | Jin | ||||||
| Dinasti Yuan 1271–1368 | |||||||
| Dinasti Ming 1368–1644 | |||||||
| Dinasti Qing 1644–1911 | |||||||
| MODEN | |||||||
| Republik China 1912–1949 | |||||||
| Republik Rakyat China 1949–kini |
Republik China (Taiwan) 1945–kini | ||||||
|
Rencana berkaitan
Sejarah China | |||||||
Dalam kebanyakan sejarahnya, China telah disusun kepada pelbagai negeri-negeri dinasti di bawah sistem pemerintahan monarki pewarisan. Bermula dengan penubuhan pemerintahan dinasti oleh Yu si Agung s. 2070 BC, dan penamatan dengan penurunan takhta oleh Maharaja Xuantong pada tahun 1912, para sejarawan China menyusun sistem pemerintahan berdasarkan pewarisan dinasti monarki. Selain dinasti-dinasti yang diasaskan oleh kumpulan etnik yang dikuasai oleh etnik Han atau sebelumnya oleh Huaxia, dinasti-dinasti dalam sejarah China juga diasaskan oleh etnik-etnik bukan Han.
Sebuah dinasti mungkin digunakan untuk menghadkan era di mana sebuah keluarga memerintah, selain untuk memperincikan peristiwa, trend, personaliti, komposisi seni dan artifak dari zaman tersebut. Sebagai contoh, porselin yang dibuat semasa dinasti Ming mungkin dirujuk sebagai "porselin Ming".
Dinasti ortodoks memerintah paling lama di China adalah dinasti Zhou, memerintah keseluruhannya selama 790 tahun, walaupun ia terbahagi kepada Zhou Barat dan Zhou Timur dalam sejarah China. Manakala dinasti China terbesar dari segi saiz wilayah adalah dinasti Yuan atau dinasti Qing, bergantung pada sumber sejarah.
Istilah "Tiāncháo" (天朝; "Dinasti Kayangan" atau "Dinasti Syurga") sering kali digunakan sebagai rujukan kendiri oleh dinasti-dinasti China. Sebagai satu bentuk hormat atau kepatuhan, negeri-negeri ufti China merujuk dinasti-dinasti ini sebagai "Tiāncháo Shàngguó" (天朝上國; "Dinasti Kayangan dari Negeri Mulia") atau "Tiāncháo Dàguó" (天朝大國; "Dinasti Kayangan dari Negeri Agung").