Dinasti Yuan

Dinasti Yuan (bahasa Mongolia: ᠶᠡᠬᠡ
ᠶᠤᠸᠠᠨ
ᠤᠯᠤᠰ
, Yeke Yuwan Ulus, Bahasa Cina: pinyin: Yuáncháo), secara rasmi bernama Yuan Agung (Bahasa Cina: pinyin: Dà Yuán; secara harafiah berarti "Negara Yuan Agung"), ialah penerus daripada Empayar Mongol dan sebagai bentuk pentadbiran Mongol ke atas China. Selain China, Mongolia juga menguasai Korea secara keseluruhan dan Siberia (Baikal dan Sakhalin). Dinasti ini bermula secara rasmi oleh Kublai Khan pada tahun 1271 dan mengalami kejatuhan pada tahun 1368.

Yuan Raya
ᠮᠣᠩᠭᠣᠯ ᠤᠨ ᠶᠡᠬᠡ ᠶᠤᠸᠠᠨ ᠤᠯᠤᠰ
Dai Ön Yehe Monggul Ulus
1271–1368
Dinasti Yuan, selepas perang Esen Buqa-Ayurbarwada 1319
StatusSebahagian daripada Empayar Mongol
Ibu negaraKhanbaliq (ibunegara musim dingin), Xanadu (ibunegara musim panas)
Bahasa yang umum digunakanMongolia
China
Agama
Buddhism (Cina & Tibet), Sunni Islam
KerajaanMonarki
Maharaja 
• 1260-1294
Kublai Khan
• 1333-1368
Toghon Temür
Kanselor/Wazir Agung 
• 1264–1284
Ahmad Fanakati
• 1367–1375
Koke Temür
Badan perundanganKurultai
Era SejarahAbad pertengahan
• Didirikan
1271
• Dibubarkan
1368
Populasi
• 1293
35 juta
• 1360
70 jutaa[›]
Mata wangJiaochao (wang kertas China), wang koin
Didahului oleh
Diganti oleh
Empayar Mongol
Dinasti Song
Dinasti Yuan Utara
Dinasti Ming
Empat Oirat
Möng Mao
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "longm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "country"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "longd"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "region"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "continent"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "latNS"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "latd"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "latm"

Meskipun dinasti ini ditubuhkan oleh Kublai Khan, beliau meletakan datuknya Genghis Khan dalam rekod rasmi sebagai pengasas dinasti atau Taizu (Bahasa Cina: 太祖) dalam Mandat Langit. Pentabalan Temujin sebagai Maharaja China tidak diakui oleh dua Dinasti selepasnya yaitu Ming dan Qing. Kublai Khan menuntut gelaran Khagan, iaitu kekuasaan mengatasi khan-khan Mongol (Khaniyah Chagatai, Horda Emas, Ilkhanate); bagaimanapun tuntutan ini diakui oleh Il-Khaniyah, Jochiyah dan Chagatai, mereka mempunyai pentadbiran dan kerajaan sendiri yang berbeza. Pengakuan tiga penerus Empayar Mongol itu sempat berlaku semasa peristiwa Perdamaian Agung pada 1304.

Yuan kadang kala dirujuk sebagai Empayar Besar Khan. Maharaja Mongol dari Dinasti Yuan mentabalkan diri sebagai Khan bagi kesemua Khan Mongol.