Senarai stesen radio di Malaysia
Berikut ialah senarai stesen radio di Malaysia. Malaysia mempunyai lebih daripada 50 stesen radio, tidak kira ia dimiliki oleh kerajaan ataupun swasta. Untuk stesen radio swasta. Frekuensi bersiaran di seluruh negara (contohnya Sinar, Hitz, Lite, Mix, MY, Melody, IKIMfm dan Hot FM). Frekuensi berbeza mengikut kawasan dan ada juga stesen radio swasta yang tidak bersiaran ke seluruh negara (contohnya 988 FM, Asyik FM, Best FM, BFM 89.9, Eight FM, Kool 101, THR Gegar, goxuan, Manis FM, Molek FM, Rakita, Zayan dan radio lain, Fly FM dan Suria tidak bersiaran di Sabah dan Sarawak dan Raaga tidak bersiaran di Pantai Timur). Era pula mempunyai 3 stesen radio berbeza, Era untuk Semenanjung Malaysia, Era Sabah untuk negeri Sabah & Era Sarawak untuk negeri Sarawak. Di Johor, pendengar juga boleh mendengar siaran radio dari Singapura dan Indonesia. Radio swasta di Sarawak dan Sabah juga menyaksikan satu perkembangan yang baik. Cats FM sebagai radio nombor satu di Sarawak manakala Era Sabah sebagai radio nombor satu di Sabah. manakala radio tempatan yang popular di Sabah ialah kupikupifm. kupikupifm Sarawak juga telah mula beroperasi pada tahun 2023 selain TEA FM sebagai stesen swasta yang masih bersaing sehingga kini.