Hot FM

Hot FM
BandarBalai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia
NegaraMalaysia
Kawasan penyiaran
SloganYang Hangat & Terbaik
RDSHOT FM
Tarikh siaran pertama
  • 6 Februari 2006 (2006-02-06) (Hot FM Kuala Lumpur)
  • 2 Januari 2012 (2012-01-02) (Hot FM Kelantan & Terengganu)
Tarikh siaran terakhir
  • 2015 (2015) (Hot FM Kelantan & Terengganu)
BahasaMelayu
SekutuMedia Prima Audio
PemilikMedia Prima Berhad
(Synchrosound Studios Sdn Bhd)
Saluran kembar
Siaran webdengar.hotfm.audio
Tapak webwww.hotfm.audio

Hot FM (digayakan sebagai hotfm) ialah sebuah siaran radio berbahasa Melayu Malaysia. Ia dimiliki oleh Synchrosound Studios Sdn Bhd, anak syarikat Media Prima Berhad bersama Fly FM, sebelum kemunculan Eight FM, Kool 101 dan Molek FM. Siarannya dipancarkan dari Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur.

Pada asalnya, ibu pejabat saluran radio ini bersiaran dari Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor sebelum bersiaran sepenuhnya di Balai Berita, Bangsar pada 23 Disember 2024 sama seperti yang berlaku pada Fly FM, Kool 101, Eight FM dan Molek FM apabila berpindah ke ibu pejabat New Straits Times Press pada tahun 2024 dan tahun 2025.