Kool 101

Kool 101
BandarBalai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia
NegaraMalaysia
Kawasan penyiaran
SloganSemasa, Sosial & Muzik Yang Familiar
RDSKOOL 101
Tarikh siaran pertama
  • 3 Mac 2016 (2016-03-03)
    (sebagai Kool FM)
  • 2 Ogos 2021 (2021-08-02)
    (sebagai Buletin FM)
  • 3 Julai 2023 (2023-07-03)
    (sebagai Kool 101)
Tarikh siaran terakhir28 November 2021 (2021-11-28)
BahasaMelayu
SekutuMedia Prima Audio
PemilikMedia Prima Berhad
(Kool FM Radio Sdn Bhd)
Saluran kembar
Siaran webdengar.kool101.audio
Tapak webwww.kool101.audio

Kool 101 (dahulunya Kool FM dan kemudian Buletin FM) ialah stesen radio berita berbincangan dan muzik lama dan baru berbahasa Melayu yang dimiliki dan dikendalikan oleh Media Prima Audio, anak syarikat Media Prima Berhad. Ia dilancarkan pada 1 Mac 2016 dan mula beroperasi pada 3 Mac 2016. Stesen radio ini merupakan stesen radio keempat di bawah kelolaan Rangkaian Radio Media Prima selepas Fly FM, Hot FM, Eight FM dan sebelum kemunculan Molek FM. Kool 101 ialah stesen radio Media Prima pertama yang mengalih keluar akhiran "FM" daripada nama jenamanya.

Pada asalnya, ibu pejabat saluran radio ini bersiaran dari Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor sebelum bersiaran sepenuhnya di Balai Berita, Bangsar pada 6 Januari 2025 sama seperti yang berlaku pada Hot FM, Fly FM, Eight FM dan Molek FM apabila berpindah ke ibu pejabat New Straits Times Press pada tahun 2024 dan tahun 2025.