Asyik FM

Asyik FM
Kawasan penyiaranSemenanjung Malaysia
SloganMoi Num Moi
FrekuensiBerbeza-beza, bergantung kepada kawasan
Tarikh siaran pertama3 Februari 1959 (1959-02-03)
FormatRadio hit kontemporari
BahasaAsli
Melayu
Pengenal terdahuluRadio 7 (1959-2005)
PemilikRadio Televisyen Malaysia
Saluran kembarlihat Senarai stesen radio di Malaysia.
Siaran webrtmklik.rtm.gov.my/radio/nasional/asyikfm-salamfm
Tapak webasyikfm.rtm.gov.my

Asyik FM ialah sebuah stesen radio kerajaan di Malaysia. Ia merupakan salah satu radio di bawah Jabatan Penyiaran Malaysia atau Radio Televisyen Malaysia (RTM). Ia mula beroperasi sejak 1959 dengan nama Radio 7 Unit Orang Asli, sebelum dijenamakan sebagai Asyik FM pada 2005. Ia disiarkan dalam dialek Jakun, Semai, Temiar dan Temuan. Ia menggunakan slogan "Moi Num Moi" (Temiar: Lain Daripada Yang Lain) dan bersiaran dari jam 8 pagi sehingga 11 malam setiap hari. Frekuensi siaran radio ini berkongsi dengan radio Salam FM yang dikendalikan RTM dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang bersiaran dari jam 11 malam hingga 8 pagi.