Molek FM

Molek FM
BandarBalai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia
NegaraMalaysia
Kawasan penyiaran
SloganGu Pantai Timur
RDSMOLEK FM
Tarikh siaran pertama9 Januari 2022 (2022-01-09)
BahasaMelayu
SekutuMedia Prima Audio
PemilikMedia Prima Berhad
(Kool FM Radio Sdn Bhd)
Saluran kembar
Siaran webdengar.molekfm.audio
Tapak webwww.molekfm.audio

Molek FM ialah stesen radio swasta Malaysia yang dikendalikan oleh Media Prima Audio, anak syarikat radio konglomerat media Malaysia, Media Prima. Stesen radio itu bertujuan untuk pendengar Pantai Timur di Semenanjung Malaysia, yang disiarkan 24 jam setiap hari dari Siarannya dipancarkan dari Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur. Stesen radio ini disasarkan kepada pendengar berumur 18 hingga 39 tahun selain memberi tumpuan kepada pendengar berumur 24 hingga 34 tahun di negeri Pantai Timur.

Pada asalnya, ibu pejabat saluran radio ini bersiaran dari Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor sebelum bersiaran sepenuhnya di Balai Berita, Bangsar pada 19 Januari 2025 sama seperti yang berlaku pada Hot FM, Fly FM, Kool 101 dan Eight FM apabila berpindah ke ibu pejabat New Straits Times Press pada tahun 2024 dan tahun 2025.