988 FM
| Kawasan penyiaran | |
|---|---|
| Slogan | 坚持。敢言。 坚持。好音乐 Bertegas. Bersuara. Bertegas. Muzik yang baik |
| Frekuensi | Berbeza-beza bergantung kepada kawasan |
| Tarikh siaran pertama | 8 Mei 1996 |
| Format | Radio hits kontemporari |
| Bahasa | Cina (Mandarin & Kantonis) |
| Pemilik | Star Media Radio Group (Star RFM Sdn Bhd) |
| Saluran kembar | Suria |
| Siaran web | player |
| Tapak web | www |
988 FM (dahulu dikenali sebagai Redi 98.8) merupakan stesen radio berbahasa Cina Malaysia. Kawasan siarannya meliputi Semenanjung Malaysia dan Singapura (kecuali Kuala Terengganu dan Kota Bharu). Ia diuruskan oleh Star RFM Sdn. Bhd. dahulu dikenali sebagai Rediffusion Radio, anak syarikat milik penuh Star Media Group Berhad. 988 memulakan siarannya pada 1996 sebagai sebuah stesen radio trilingual Dengan kandungan 50% Cina dan menjadi stesen radio sepenuhnya pada Disember 1997. Dalam tinjauan pendengaran 2015 dilakukan oleh Gfk antara Ogos dan September 2015, 988 FM mensasarkan pendengar setiap minggu sebanyak 1.7 juta, yang menunjukkan peningkatan sebanyak 30%. Ia merupakan stesen radio bahasa Cina nombor satu di kawasan utara Malaysia Barat (Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis).
988 FM kini merupakan salah satu daripada stesen radio bahasa utama Cina, dan ia merupakan salah satu daripada lima stesen radio berbahasa Cina di negara ini, selepas Melody FM mula bersiaran pada Ogos 2012. Stesen ini disasarkan kepada pendengar bandar dan pinggir bandar. Ia secara eksklusif disasarkan kepada profesional, pengurus dan orang dewasa. Moto 988 FM ialah 友聲有色 (Bunyi warna-warni). 988 FM memainkan lagu Cina yang segar dan terkini.