Fly FM
| Bandar | Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia |
|---|---|
| Negara | Malaysia |
| Kawasan penyiaran | |
| Slogan | More Music, Less Talk |
| RDS | FLY FM |
| Tarikh siaran pertama | 3 Oktober 2005 |
| Bahasa | Inggeris |
| Sekutu | Media Prima Audio |
| Pemilik | Media Prima Berhad (Max-Airplay Sdn Bhd) |
| Saluran kembar | |
| Siaran web | listen |
| Tapak web | www |
Fly FM merupakan stesen radio swasta berbahasa Inggeris Malaysia di bawah naungan Media Prima Audio bersama Eight FM, Kool 101, Hot FM dan Molek FM. Ia dilancarkan pada 3 Oktober 2005, dan sasarannya ialah pendengar berumur 15-30 tahun. Sejak November 2021, Fly FM ialah sebuah stesen radio Bahasa Inggeris kedua popular di Malaysia selepas Hitz, berdasarkan AC Nielsen Radio Sweeps. Siarannya dipancarkan dari Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur.
Pada asalnya, ibu pejabat saluran radio ini bersiaran dari Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor sebelum bersiaran sepenuhnya di Balai Berita, Bangsar pada 31 Disember 2024 sama seperti yang berlaku pada Hot FM, Kool 101, Eight FM dan Molek FM apabila berpindah ke ibu pejabat New Straits Times Press pada tahun 2024 dan tahun 2025.