Big Stage

Big Stage
GenreRealiti
Ditulis oleh
  • Farrah Salleh
  • Syahirah Zamani
Pengarah
  • Haniq Halim
  • Syazwan Nizar Musa (penolong)
  • Muhammad Zulfadli Abd Rashid
Pengacara
Juri
Lagu pembukaan"Kuasakan Big Stage" - Ameerais
Lagu penutup
  • "Kuasakan Big Stage" - Ameerais (musim 1-4) & (musim 6, Big Stage Alpha 2025)
  • "Life Is A Big Stage" (musim 5)
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim6
Bilangan episod42
Penerbitan
Penerbit eksekutifFirdaus Mahadi
PenerbitNurul A'in Mohd Noor
Lokasi
  • Auditorium MBSA, Shah Alam (musim 1, 2, 5)
  • Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (musim 3-4)
  • Royal Theater Shah Alam (musim 6)
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran3 jam
Syarikat penerbitan
Astro
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria - Saluran 104 (HD)
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal5 Ogos 2018 – 15 Jun 2025
Pautan luar
Laman sesawang

Big Stage (digayakan sebagai BIG STGE) merupakan sebuah rancangan pertandingan realiti nyanyian Malaysia yang disiarkan di Astro Ria. Ia memulakan tayangan perdana pada 5 Ogos 2018 dan telah disiarkan sebanyak lima musim dan 42 episod. Alif Satar dan Sherry Alhadad telah mengacarakan kesemua empat musim siri ini sepanjang ia bersiaran sebelum mereka berpindah untuk mengacarakan rancangan pertandingan realiti nyanyian baharu Raise The Star Malaysia. Bermula pada musim kelima, Elly Mazlein dan Rina Nose akan menggalas tanggungjawab untuk mengacarakan rancangan ini. Big Stage menampilkan bakat-bakat muda industri muzik tanahair yang lebih terkenal dengan jolokan "Budak Baru Nak Up" (BBNU), "Dominasi BBNU" & "Gelombang Dominasi" (untuk versi Big Stage Alpha 2025) dalam kalangan penggiat dunia hiburan tempatan serta menjadi penanda aras bagi generasi awal BBNU yang ingin kembali aktif dalam bidang muzik.