Sherry Alhadad
Sherry Alhadad | |
|---|---|
Sherry pada 2016. | |
| Kelahiran | Sharifah Mariam binti Syed Abdullah Al-Hadad 17 November 1984 |
| Pendidikan | Ijazah Seni Persembahan Teater |
| Pusat pendidikan | Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA) |
| Pekerjaan | Pelawak, pelakon, pengacara |
| Tahun aktif | 2004–kini |
Sharifah Mariam binti Syed Abdullah Al-Hadad (Jawi: شريفة مريم بنت سيد عبد الله الحداد; lahir 17 November 1984) atau lebih dikenali sebagai Sherry Alhadad merupakan seorang pelawak, pelakon dan pengacara televisyen Malaysia.
Beliau juga bergelar pensyarah di Akademi Seni Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam bidang teater. Bakat lakonan Sherry bermula ketika menuntut di ASWARA dan kemudiannya dibawa ke industri lakonan oleh pengarah Shahrulezad Mohameddin menerusi telefilem Sutun pada tahun 2006. Sejak itu beliau bergelar pelawak dan pengacara TV terkenal termasuk pernah mengacarakan program sensasi Melodi. Beliau begitu popular bersama Zulin Aziz yang sama-sama mengacarakan program bual bicara di TV9 iaitu Diva.
Sherry datang daripada keluarga yang menceburi bidang seni. Anak-anak saudaranya (yang lebih berusia darinya, kerana arwah ayah beliau adalah adik-beradik kepada nenek Sharifah Haslinda, Sharifah Shahirah & Sharifah Sakinah) terlebih dahulu menceburi bidang seni iaitu dramatis tersohor 90-an Sharifah Haslinda dan pelawak terkenal Sharifah Shahirah. Setelah itu seorang lagi anak saudaranya (yang lebih muda), Sharifah Sakinah juga bergelar pelakon dan pelawak.