Aina Abdul

Aina Abdul
Kelahiran
Nurul Aina binti Abdul Ghani

(1993-10-25) 25 Oktober 1993
PendidikanIjazah Sarjana Muda Muzik Kontemporari
Pusat pendidikanUniversiti UCSI
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • penulis lagu
  • komposer
  • penerbit rakaman
  • pelakon
Tahun aktif2014–kini
IbuZaini binti Abdullah
BapaAbdul Ghani bin Abdullah
Kerjaya muzik
Genre
Alat muzikVokal
Kegiatan berkaitan
Laman web rasmihttps://www.ainaabdul.my/

Nurul Aina Abdul Ghani (lahir 25 Oktober 1993) merupakan seorang penyanyi bersuara besar dan popular di Malaysia, komposer dan juga penulis. Beliau juga terkenal dengan gaya fesyen yang berani, luar biasa dan lain dari yang lain. Pernah juga menjadi pelakon dalam sebuah drama iaitu “Seindah Takdir Cinta” yang digandingkan bersama Amyra Rosli. Kerjayanya dalam industri hiburan bermula setelah beliau menyertai program realiti Mentor Legend, dengan Ella sebagai mentornya, dan Aina dinobatkan sebagai Naib Juara Mentor Legend 2014/15. Single sulungnya yang bertajuk "Ini Yang Kau Mahu" dirakam dan dilancarkan pada tahun 2015.