Hael Husaini

Hael Husaini
Kelahiran
Hal Husaini bin Razmi

(1987-12-10) 10 Disember 1987
PekerjaanPenyanyi, Komposer , Penerbit , Pelakon
Tahun aktif2006–kini
Kerjaya muzik
GenreSoul, R&B, Balada
Alat muzikVokal
Syarikat rakaman
Kegiatan berkaitanAzhar Osman, Dayang Nurfaizah, Haqiem Rusli, Naim Daniel, Azhael

Hael Husaini Razmi atau lebih dikenali sebagai Hael Husaini (lahir 10 Disember 1987) merupakan seorang penyanyi, komposer dan pelakon Malaysia. Beliau mula mencipta nama sebagai penyanyi solo sejak 2017 melalui single yang bertajuk Jampi. Beliau juga merupakan Juara untuk Anugerah Juara Lagu (AJL) sebanyak dua kali pada tahun 2018 dan 2019. Selepas Jampi, beberapa lagu Hael Husaini turut mencipta beberapa kejayaan seperti Haram, Hajat, Hati, Kelentang-Kelentong dan banyak lagi.