Syafinaz Selamat


Syafinaz Selamat

PMW (Wilayah Persekutuan)
Syafinaz menjurikan program Gegar Vaganza pada tahun 2021.
Kelahiran (1973-01-11) 11 Januari 1973
Nama lainRatu Soprano , Tok Naz
PendidikanIjazah muzik
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA Shah Alam
Pekerjaan
Tahun aktif1989–kini
Ketinggian165 cm (5 ka 5 in)
IbuZaiton Hasan
BapaSelamat Salwi
SaudaraTunku Tiara Yasmin Sofia (Anak saudara)
Lily Jannah (Anak saudara)
Kerjaya muzik
Genre
Alat muzik
Kegiatan berkaitan
Tandatangan

Datuk Syafinaz binti Selamat (Jawi: صافيناز بنت سلامت; lahir 11 Januari 1973 ) merupakan seorang penyanyi Malaysia, yang popular menerusi lagu Ingin Bersamamu. Beliau juga terkenal sebagai penyanyi klasikal negara, dan dilihat sebagai seorang jurulatih vokal terkemuka serta juri/pengkritik dalam beberapa program nyanyian dan seni persembahan di seluruh tanah air. Selain itu, beliau juga memikul tiga tanggungjawab sekali gus; iaitu sebagai pensyarah vokal dalam Jabatan Muzik Fakulti Seni Persembahan di UiTM, pensyarah di ASWARA, serta vocal master untuk Koir Kebangsaan Malaysia dan kumpulan Genius Seni Koir (dahulunya dikenali sebagai Koir PERMATA Seni). Beliau juga dilantik sebagai salah seorang daripada Ahli Lembaga Pengarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan ASWARA pada tahun 2020.