Ajai

Ajai
Kelahiran
Mohamad Faizal bin Maas

(1975-03-14) 14 Mac 1975
WarganegaraMalaysia
Nama lainAjai Exists
PekerjaanKomposer, penyanyi, pemuzik, pelakon
Tahun aktif1991–kini
Pasangan
  • Nourul Depp (k. 1996; c. 2006)
  • Norliza Ilias (k. 2009)
Anak-anak
  • Ayu Nazirah (lahir 1998)
  • Danisha (lahir 2010)
Kerjaya muzik
Alat muzikVokal, keyboard, bass, gitar, drum
DiskografiLihat: Diskografi Ajai
Syarikat rakamanWake The Baby Sdn. Bhd.
Kegiatan berkaitanExists, Ajai & Nurul
Laman web rasmihttp://instagram.com/byajai

Mohamad Faizal Maas atau lebih dikenali sebagai Ajai merupakan seorang penyanyi, pemuzik, penggubah lagu dan penerbit album yang cukup popular di Malaysia. Beliau dilahirkan pada 14 Mac 1975 di Masai, Johor Bahru, Johor ini mula membabitkan diri dalam bidang muzik sejak tahun 1991 lagi sebagai pemain keyboard kumpulan Exists untuk empat album pertama mereka. Selepas keluar daripada Exists pada tahun 1998, Ajai kemudianya membina kerjaya sebagai penyanyi duet terkenal bersama isterinya pada ketika itu dengan gelaran Ajai & Nurul.

Sepanjang kariernya sebagai penyanyi dan komposer, beliau pernah memenangi anugerah Penyanyi Lelaki Popular pada tahun 2002 biarpun hanya tampil dengan satu single solo berjudul Bisikan Asmara pada tahun tersebut. Selain itu, beliau juga pernah memenangi anugerah Lagu Terbaik sebanyak tiga kali di Anugerah Industri Muzik.