Yusri Mohamad
Dr. Yusri Mohamad | |
|---|---|
يسري محمد | |
| Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan | |
| Menyandang jawatan 24 Februari 2021 | |
| Pengerusi | Mohd Daud Bakar |
| Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia | |
| Dalam jawatan 1 Oktober 2015 – 31 Oktober 2018 | |
| Didahului oleh | Asyraf Wajdi Dusuki |
| Digantikan oleh | Nik Omar Nik Abdul Aziz |
| Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia | |
| Dalam jawatan 2005–2009 | |
| Didahului oleh | Ahmad Azam Ab Rahman |
| Digantikan oleh | Muhamad Razak Idris |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Yusri bin Mohamad 15 Januari 1972 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia |
| Kewarganegaraan | Malaysia |
| Pasangan | Hamiliya Mustafa |
| Ibu bapa | Dato' Mohamad (bapa) Datin Nik Zahrah |
| Pekerjaan | Peguam syarie |
Dr. Yusri bin Dato' Mohamad (Jawi: يسري بن محمد; lahir 15 Januari 1972) merupakan seorang pendakwah di Malaysia dan juga bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang ke-12 berkuatkuasa pada 1 Oktober 2015, menggantikan Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang dilantik menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 29 Julai 2015. Beliau kini salah seorang Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Beliau menamatkan perkhidmatannya sebagai Yang Dipertua YADIM pada 31 Oktober 2018, dan jawatan ini kemudian diganti oleh Nik Omar Nik Abdul Aziz berkuatkuasa 20 Disember 2018.