Anugerah Planet Muzik 2008
Anugerah Planet Muzik 2008 merupakan edisi ke-8 Anugerah Planet Muzik, dan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia pada 20 April 2008. APM 2008 menyaksikan 524 pencalonan termasuk 315 pencalonan dari Indonesia, 108 dari Malaysia dan 101 pencalonan dari Singapura.
Acara ini adalah hasil kerjasama MediaCorp Radio Warna 94.2fm, Ria 89.7fm dari Singapura dan Beyond DBB Malaysia/Beyond Even. Anugerah ini disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria dari Malaysia dan Brunei, Era FM dari Malaysia, Global TV dari Indonesia dan MediaCorp TV12 Suria, Radio Nasional Singapura dan Radio Berita Singapura dari Singapura.
Barisan artis Malaysia menguasai anugerah terbaik dan anugerah popular. Daripada 17 kategori yang dipertandingkan, Malaysia mengungguli lapan anugerah.
| Anugerah Planet Muzik ke-8 | ||||
|---|---|---|---|---|
| Jenis | Upacara anugerah | |||
| Penerangan | Pencapaian cemerlang dalam industri muzik bahasa Melayu dan Indonesia | |||
| Tarikh | 20 April 2008 | |||
| Lokasi | Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Kuala Lumpur Malaysia | |||
| Negara | Malaysia | |||
| Pengacara | Aznil Nawawi Suhaimi Yusof Sarah Sechan | |||
| Sorotan | ||||
| Anugerah terbanyak | Cradle (4) | |||
| Pencalonan terbanyak | Taufik Batisah (7) | |||
| Lagu Terbaik | "Nakal" - Gigi | |||
| Album Terbaik | Peace, Love & Respect - Gigi | |||
| Artis Lelaki Terbaik | Anuar Zain | |||
| Artis Wanita Terbaik | Krisdayanti | |||
| Anugerah Khas Planet Muzik | Search | |||
| Liputan televisyen/radio | ||||
| Rangkaian | Astro Ria STAR TV ANTV Global TV MediaCorp Suria | |||
| Kronologi | ||||
| ||||
| sunting · sunting di Wikidata | ||||