Anugerah Planet Muzik 2016

Anugerah Planet Muzik 2016
JenisUpacara anugerah
PeneranganPencapaian cemerlang dalam industri muzik bahasa Melayu dan Indonesia
Tarikh30 September 2016
LokasiThe Theatre @ MediaCorp
 Singapura
NegaraMalaysia
Disampaikan oleh Desta
Sherry Alhadad
Suhaimi Yusof
Sorotan
Anugerah terbanyakAyda Jebat (3)
Lagu Terbaik"Hanya Namamu" – Caliph Buskers
Artis Paling PopularAyda Jebat
Artis Terbaik LelakiGlenn Fredly – "Perempuanku"
Artis Terbaik WanitaRaisa – "Kali Kedua"
Anugerah Khas Planet MuzikS. Atan
Liputan televisyen/radio
Rangkaian NET.
Astro Ria & Ria HD
MediaCorp Suria
Kronologi
 2015 Anugerah Planet Muzik 2017 
sunting · sunting di Wikidata

Anugerah Planet Muzik 2016 ialah edisi ke-15 Anugerah Planet Muzik, yang diadakan pada 30 September 2016 di The Theatre @ MediaCorp, Singapura, dengan kerjasama MediaCorp Radio – Warna 94.2FM dan Ria 89.7FM. Penganjuran tahun ini bertepatan dengan sambutan ulang tahun MediaCorp Radio ke-80. Tema bagi Anugerah Planet Muzik tahun ini ialah Embracing The New, Celebrating The Legends. Ia disiarkan secara langsung oleh MediaCorp Suria di Singapura, Astro Ria dan Ria HD di Malaysia dan NET. di Indonesia.

Anugerah Planet Muzik 2016 menampilkan 18 kategori berbeza termasuk dua anugerah khas iaitu Anugerah Khas dan Anugerah Rentas Planet. Peminat juga diberi peluang untuk memilih lagu dan artis kegemaran dalam kategori pilihan peminat.