Anugerah Planet Muzik 2007

Anugerah Planet Muzik 2007 (APM 2007) yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura, pada 8 Jun 2007 menyaksikan Malaysia mendominasi lapan daripada 12 anugerah dipertandingkan. Acara ini adalah hasil kerjasama MediaCorp Radio Warna 94.2fm, Ria 89.7fm dan Beyond DBB Malaysia/Beyond Even. Anugerah ini disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria dan Era FM. Malaysia menghantar hanya 66 pencalonan berbanding Indonesia menghantar 247 pencalonan dan Singapura menghantar 120 pencalonan. Dikendalikan empat pengacara iaitu Aznil Nawawi dari Malaysia, Suhaimi Yusof dan Fiza O dari Singapura serta Fika dari Indonesia.

Antara artis yang membuat persembahan ialah Taufik Batisah, Hady Mirza, Jaclyn Victor, Mawi, Altimet dan Mawar Berduri, Krisdayanti, Estranged, Irwansyah, Dato' Siti Nurhaliza, dan Gita Gutawa.

Anugerah Planet Muzik ke-7
JenisUpacara anugerah
PeneranganPencapaian cemerlang dalam industri muzik bahasa Melayu dan Indonesia
Tarikh8 Jun 2007
LokasiSingapore Indoor Stadium, Singapura
NegaraSingapura
Pengacara Suhaimi Yusof
Fiza O
Fika Rosemary
Aznil Nawawi
Sorotan
Anugerah terbanyakDato' Siti Nurhaliza (3)
Pencalonan terbanyakDato' Siti Nurhaliza (5)
Lagu Terbaik"Biarlah Rahsia" - Dato' Siti Nurhaliza
Album TerbaikNaluri Lelaki - Samsons
Artis Lelaki TerbaikM. Nasir - Sang Pencinta
Artis Wanita TerbaikDato' Siti Nurhaliza - Transkripsi
Anugerah Khas Planet MuzikKrisdayanti
Liputan televisyen/radio
Rangkaian MediaCorp Suria
Astro Ria
STAR TV ANTV
Global TV
Tempoh tayangan180 minit
Kronologi
 2006 Anugerah Planet Muzik 2008 
sunting · sunting di Wikidata