Anugerah Planet Muzik 2001

Anugerah Planet Muzik 2001
JenisUpacara anugerah
PeneranganPencapaian cemerlang dalam industri muzik bahasa Melayu dan Indonesia
Tarikh20 Januari 2001
LokasiHarbour Pavilion, World Trade Centre
 Singapura
NegaraMalaysia
Pengacara Sarah Sechan
Ziana Zain
Suhaimi Yusof
Sorotan
Anugerah terbanyakSiti Nurhaliza (3)
Krisdayanti (3)
Pencalonan terbanyakArt Fazil (5)
Album TerbaikMencintaimuKris Dayanti
Lagu Terbaik"Mencintaimu" – Kris Dayanti
Artis Lelaki TerbaikChrisye
Artis Wanita TerbaikKris Dayanti / Siti Nurhaliza
Duo/Kumpulan TerbaikKRU
Liputan televisyen/radio
Rangkaian Astro Ria
MediaCorp Suria
Kronologi
Anugerah Planet Muzik 2002 
sunting · sunting di Wikidata

Anugerah Planet Muzik 2001 telah mengegarkan Harbour Pavillion, World Trade Centre, Singapura pada 20 Januari 2001 adalah sebuah acara julung kalinya diadakan untuk mengiktiraf artis-artis Melayu serantau dari Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei. Badan Penyiaran Singapura (TCS) menggabungkan karyawan seni tempatan dan rantau Asia Tenggara untuk menghimpunkan selebriti dan personaliti di majlis anugerah itu.Anugerah Planet Muzik 2001 turut disokong oleh Perkamus, Aisiri, Rim dan Yami untuk menaikkan lagi martabat industri di rantau ini.

Perancangan yang begitu lama membuatkan anugerah ini tampak lebih unggul kerana artis ternama dari tiga negara bergabung tenaga menjayakannya. APM2001 yang dihoskan penyanyi terkenal Ziana Zain bersama penyampai radio Warna 94.2FM, Suhaimi Yusof dan VJ MTV, Sarah Sechan turut dimeriahkan dengan nyanyian artis. Hampir 180 artis rantau ini menjayakan majlis terbesar itu yang memuatkan sehingga 4,000 penonton.

Anugerah Planet Muzik 2001 menampilkan 17 kategori berbedza. Anugerah Planet Muzik 2001 mendapat sokongan dari agensi industri musik seperti Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Asosiasi Industri Rekaman Indonesia (ASIRI), Yayasan Anugerah Musik Indonesia (YAMI) serta Persatuan Penyanyi dan Karyawan Musik Melayu Singapura (Perkamus).