Anugerah Planet Muzik 2018

Anugerah Planet Muzik 2018
JenisUpacara anugerah
Tarikh28 September 2018
LokasiMES Theatre MediaCorp
 Singapura
NegaraMalaysia
Disampaikan oleh Daniel Mananta
Nabil Ahmad
Fiza O
Sorotan
Anugerah terbanyakJudika (4)
Pencalonan terbanyakAlif Abdullah (6)
Lagu Terbaik"Jikalau Kau Cinta" – Judika
Artis Paling PopularKhai Bahar
Artis Lelaki TerbaikJudika - "Jikalau Kau Cinta"
Artis Terbaik WanitaIsyana Sarasvati - "Lembaran Buku"
Anugerah Khas Planet MuzikRossa
Liputan televisyen/radio
Rangkaian TVRI
Astro Ria & Ria HD
MediaCorp Suria
Kronologi
 2017 Anugerah Planet Muzik
sunting · sunting di Wikidata

Anugerah Planet Muzik 2018 merupakan edisi ke-17 Anugerah Planet Muzik, yang diadakan pada 28 September 2018 di MES Theatre MediaCorp, Singapura, dengan kerjasama MediaCorp Suria, Radio Warna 94.2FM dan Ria 89.7FM. Tema bagi APM tahun ini ialah tropic like it's hot dengan mewujudkan tanda pagar "#GilerTakGerek?!". APM disiarkan secara langsung oleh MediaCorp Suria di Singapura, Astro Ria dan Ria HD di Malaysia dan TVRI di Indonesia.

Anugerah Planet Muzik 2018 menampilkan 18 kategori berbeza. Para peminat juga diberi kesempatan untuk memilih lagu dan artis kegemaran dalam kategori pilihan peminat. Proses pemilihan berlangsung mulai 3 Ogos sehingga 25 September 2018.