Anugerah Planet Muzik 2012
| Anugerah Planet Muzik 2012 | ||||
|---|---|---|---|---|
| Jenis | Upacara anugerah | |||
| Penerangan | Pencapaian cemerlang dalam industri muzik bahasa Melayu dan Indonesia | |||
| Tarikh | 15 Disember 2012 | |||
| Lokasi | Max Pavilion, Singapore Expo Singapura | |||
| Negara | Malaysia | |||
| Pengacara | Sophie Navita Dato' AC Mizal Tahar Ghalib | |||
| Sorotan | ||||
| Anugerah terbanyak | Taufik Batisah (3) | |||
| Pencalonan terbanyak | Hady Mirza (4) | |||
| Lagu Terbaik | "Kisah Hati" – Alyah | |||
| Artis Serantau Paling Popular | Taufik Batisah | |||
| Artis Terbaik Lelaki | Hafiz – "Ku Akui" | |||
| Artis Terbaik Wanita | Shila Amzah – "Patah Seribu" | |||
| Anugerah Khas Planet Muzik | Datuk Sheila Majid | |||
| Liputan televisyen/radio | ||||
| Rangkaian | Global TV (siaran tertunda) Astro Ria & Ria HD MediaCorp Suria | |||
| Tempoh tayangan | 180 minit | |||
| Kronologi | ||||
| ||||
| sunting · sunting di Wikidata | ||||
Anugerah Planet Muzik 2012 ialah edisi ke-11 Anugerah Planet Muzik, yang diadakan pada 15 Disember 2012 di Max Pavilion, Singapore Expo, Singapura, dengan kerjasama MediaCorp Radio – Warna 94.2FM dan Ria 89.7FM. Tema bagi APM tahun ini ialah Electrified. Ia disiarkan secara langsung oleh MediaCorp Suria di Singapura, Astro Ria dan Ria HD di Malaysia serta disiarkan secara tertunda oleh Global TV di Indonesia dan dihoskan oleh 3 hos dari 3 negara iaitu penyampai radio Singapura DJ Tahar Ghalib, pengacara Malaysia Dato' AC Mizal serta pengacara Indonesia Sophie Navita.
Anugerah Planet Muzik 2012 mengetengahkan 17 kategori berbeza termasuk 3 kategori baru iaitu Hits Radio Tahun Ini, Ikon Media Baru dan Nova Media Baru. Peminat juga diberi peluang untuk memilih lagu dan artis kegemaran dalam kategori pilihan peminat.