Anugerah Juara Lagu ke-35
| Anugerah Juara Lagu Ke-35 | |
|---|---|
| Tarikh | 14 Mac 2021 |
| Tempat | Auditorium MBSA, Shah Alam |
| Tajaan | McDonald's |
| Pengacara | Awal Ashaari Haziq Hussni Sherry Alhadad Muaz Mohamed (karpet merah) Sissy Imann (karpet merah) |
| Penerbit | Primeworks Studios |
| Ketua Juri | Dato' Mokhzani Ismail |
| Pengarah | Aubrey Suwito |
| Tempoh Tayangan | 180 minit |
| Juara Lagu | "Gila" Nyanyian: Kaka Azraff, Loca B dan Noki K-Clique Muzik: Ezra Kong Lirik: Loca B, Noki K-Clique dan Ezra Kong |
| Sorotan | |
| Persembahan Terbaik | Zizi Kirana ("Eh") |
| Vokal Terbaik | Ernie Zakri ("Gundah") |
Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) merupakan konsert dan majlis penghargaan tahunan bagi karya muzik Malaysia yang dikumandangkan dalam carta Muzik Muzik TV3 musim 2020. Program ini akan dihoskan oleh Awal Ashaari, Haziq Hussni dan Sherry Alhadad bagi slot utama, manakala Muaz Mohamed dan Sissy Imann akan mengendalikan segmen karpet merah dan 'Lounge AJL35'. Lagu “Gila” ciptaan Noki, Loca B dan Ezra Kong telah diangkat sebagai pemenang Juara Lagu bagi edisi ke-35.