Gila (lagu)


"Gila"
Single oleh Kaka Azraff, Loca B dan Noki K-Clique
BahasaBahasa Melayu
Dilancarkan31 Julai 2020
Dirakamkan2020
FormatMuat turun digital, media penstriman
GenrePop
Panjang3:21
SyarikatWarner Music Group
PenulisNoki, Loca B, Ezra Kong
PenggubahNoki, Loca B, Ezra Kong
PenerbitEzra Kong
"Gila" di YouTube
sunting · sunting di Wikidata

"Gila" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi wanita Malaysia, Kaka Azraff bersama-sama dua penyanyi rap Malaysia, Loca B dan Noki dari kumpulan K-Clique. Lagu ini dicipta oleh Ezra Kong dan dikeluarkan pada 31 Julai 2020 oleh Black Hat Cat Records melalui YouTube. Lagu ini dihasilkan ketika seluruh dunia berdepan dengan pandemik COVID-19 yang membawa rasa resah gelisah. Gila menceritakan tentang keperkasaan diri dalam menangani kecelaruan yang membelenggu minda dan jiwa dengan menguasai rasa gentar dan terus menanam semangat waja menjalani kehidupan. Lagu ini dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke-35 yang dianjurkan oleh TV3 Malaysia pada 14 Mac 2021.

Menurut Kaka sendiri kepada Astro Gempak, beliau mengakui pernah berada dalam keadaan gila sama seperti cerita dalam lagu ini.