Ezra Kong

Ezra Kong
Nama lahirEzra Kong Yi Jia
Juga dikenali
sebagai
Ezra
Kelahiran1988 (umur 36–37),
Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia
WarganegaraMalaysia
Genre
PekerjaanPenggubah lagu, penulis lirik, penerbit rakaman
Tahun aktif2014–kini
Kegiatan berkaitanHael Husaini
Pautan berkaitan
Pautan lain
sunting · sunting di Wikidata

Ezra Kong ialah seorang penggubah lagu, penulis lirik dan penerbit rakaman Malaysia. Beliau paling dikenali melalui kerjasamanya bersama penyanyi Hael Husaini dengan menggubah dan menulis lagu untuk pelbagai artis termasuk Hael sendiri, Faizal Tahir, Ayda Jebat, Nabila Razali, Elizabeth Tan, Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah. Beliau merupakan pemegang ijazah sarjana muda Psikologi di Universiti John Moores, Liverpool, England.

Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Pelabuhan Klang, Selangor, pada tahun 1988 dengan nama Ezra Kong Yi Jia. Ezra memulakan kerjaya awalnya dalam bidang pengiklanan radio dan televisyen, kemudian bekerja di bahagian Sumber Manusia di kilang sarung tangan. Beliau memulakan kerjaya sebagai komposer pada 2014 apabila Mike Chan dan Audi Mok menawarkannya peluang untuk menghasilkan lagu untuk Faizal Tahir, "Assalamualaikum" sekaligus menjadikan Ezra antara komposer muda yang meningkat naik.