K-Clique
K-Clique | |
|---|---|
| Asal | Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia |
| Genre | |
| Tahun aktif | 2014 |
| Syarikat rakaman | K-Records |
| Kegiatan berkaitan | |
| Pautan berkaitan | |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
K-Clique merupakan kumpulan hip hop Malaysia, berasal dari Kota Kinabalu, Sabah ditubuhkan pada 2014. Ahli kumpulan ini ialah seramai tujuh orang, terdiri daripada MK, Noki, SoMean, KDeaf, FareedPF, Gnello, dan NastyNas.
Biarpun sudah lama bergiat aktif di negeri kelahiran mereka, K-Clique mula mendapat perhatian meluas di kalangan penggemar muzik tempatan walaupun mereka bermula dengan konsep indie dan underground. Single keenam mereka, "Mimpi" telah membawa K-Clique, dari puncak populariti ke muzik arus perdana dan disebut-sebut antara yang mempunyai potensi cerah untuk menerima pengaruh lebih besar.