Ahmad Yunus Hairi
Ahmad Yunus Hairi | |
|---|---|
| أحمد يونس بن خيري | |
| Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan : 18 Februari 2012–29 Mei 2013) (Belia, Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam : 30 Mei 2013–26 September 2014) (Agama, Adat Resam Melayu, Pembangunan Luar Bandar dan Kampung Tradisi : 27 September 2014–13 Mei 2018) | |
| Dalam jawatan 18 Februari 2012 – 13 Mei 2018 | |
| Raja | Sultan Sharafuddin Idris Shah |
| Menteri Besar | Abdul Khalid Ibrahim (2012–2014) Mohamed Azmin Ali (2014–2018) |
| Didahului oleh | Hasan Mohamed Ali (Adat Resam Melayu) Khalid Ibrahim (Belia dan Sukan) |
| Digantikan oleh | Shaharuddin Badaruddin (Agama) Abdul Rashid Asari (Adat Resam Melayu) Amirudin Shari (Pembangunan Luar Bandar dan Kampung Tradisi) |
| Kawasan pilihan raya | Sijangkang |
| Pesuruhjaya Parti Islam Se-Malaysia Negeri Selangor ke-15 | |
| Dalam jawatan 2019 – 31 Oktober 2023 | |
| Presiden | Abdul Hadi Awang |
| Digantikan oleh | Ab Halim Tamuri |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Kuala Langat | |
| Menyandang jawatan 19 November 2022 | |
| Didahului oleh | Xavier Jayakumar Arulanandam (PH–PKR) |
| Majoriti | 1,833 (2022) |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Sijangkang | |
| Menyandang jawatan 8 Mac 2008 | |
| Didahului oleh | Abdul Fatah Iskandar (BN–UMNO) |
| Majoriti | 2,081 (2008) 2,942 (2013) 1,677 (2018) 11,308 (2023) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 20 Mac 1965 Selangor, Malaysia |
| Kerakyatan | Malaysia |
| Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia (PAS) |
| Gabungan politik lain | Perikatan Nasional (PN) (2020–kini) Muafakat Nasional (MN) Gagasan Sejahtera (GS) (2018–2020) Pakatan Rakyat (PR) (2008–2015) Barisan Alternatif (BA) (1999–2004) Angkatan Perpaduan Ummah (APU) (1990–1996) |
| Tempat belajar | Universiti Malaya (UM) (MBBS) |
| Pekerjaan | Politician |
| Bidang pengkhususan | Doctor |
Ahmad Yunus bin Hairi (lahir 20 Mac 1965) merupakan seorang ahli politik Malaysia dan doktor yang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Malaysia bagi Kuala Langat sejak November 2022 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi Sijangkang sejak Mac 2008. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) dalam pentadbiran negeri Pakatan Rakyat (PR) dan Pakatan Harapan (PH) di bawah bekas Menteri Besar Khalid Ibrahim dan Azmin Ali dari Februari 2012 hingga Mei 2018. Beliau merupakan ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sebuah parti komponen Perikatan Nasional (PN). Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor yang ke-15 dari tahun 2019 hingga Oktober 2023.