Ab Halim Tamuri
Ab Halim Tamuri | |
|---|---|
| أب حليم تموري | |
| Pesuruhjaya Parti Islam Se-Malaysia Negeri Selangor ke-16 | |
| Menyandang jawatan 31 Oktober 2023 | |
| Presiden | Abdul Hadi Awang |
| Didahului oleh | Ahmad Yunus Hairi |
| Pengerusi Lembaga Pengarah TV Alhijrah | |
| Dalam jawatan 1 Julai 2022 – 17 Mei 2023 | |
| Didahului oleh | Hussamuddin Yaacub |
| Digantikan oleh | Mohd Khair Ngadiron |
| Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor | |
| Dalam jawatan 1 Julai 2013 – 30 Jun 2021 | |
| Didahului oleh | Aziuddin Ahmad |
| Digantikan oleh | Mohd Farid Ravi Abdullah |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Paya Jaras | |
| Menyandang jawatan 12 Ogos 2023 | |
| Didahului oleh | Mohd Khairuddin Othman (PH–PKR) |
| Majoriti | 2,086 (2023) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Ab Halim bin Tamuri 9 Oktober 1967 Tanjung Karang, Selangor, Malaysia |
| Kewarganegaraan | Malaysia |
| Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia (PAS) |
| Gabungan politik lain | Perikatan Nasional (PN) |
| Pendidikan | Sekolah Jenis Kebangsaan Inggeris Tanjong Karang (1974–1979) Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin (1980–1983) Kolej Islam Klang (1984–1985) Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Jemaah (1986) |
| Tempat belajar | Universiti Kebangsaan Malaysia (Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah), 1987–1991 & Diploma Pendidikan, 1993–1995) Universiti Birmingham (Sarjana Pendidikan Islam, 1995–1997 & Doktor Falsafah (PhD) dalam Pendidikan Islam, 2000) |
| Pekerjaan |
|
| Bidang pengkhususan | Akademik |
Ab Halim Tamuri (lahir 9 Oktober 1967) ialah seorang ahli politik Malaysia, ahli akademik dan pensyarah yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi Paya Jaras sejak Ogos 2023. Beliau merupakan ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sebuah parti komponen dalam gabungan Perikatan Nasional (PN). Beliau juga telah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor yang ke-16 sejak Oktober 2023. Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah TV Alhijrah (TVAH) dari Julai 2022 hingga Mei 2023, Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dari Julai 2013 hingga Jun 2021, serta Ahli Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKKDPN) dari Oktober 2018 hingga April 2019. Di samping itu, beliau juga merupakan Profesor dalam bidang Pendidikan Islam di Pusat Kajian Kepimpinan dan Dasar Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga berperanan sebagai Penasihat Pusat Pembangunan Pendidikan Islam Selangor, Presiden Persatuan Intelektual Muslim Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Pembangunan Insan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Ahli Lembaga Pengarah Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS), serta Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor dan Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan.