Ahmad Masrizal Muhammad
Ahmad Masrizal Muhammad DIMP (Pahang) | |
|---|---|
احمد مصريزال محمد | |
| Ahli Dewan Negara Malaysia | |
| Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 9 Mac 2023 | |
| Raja | Al-Sultan Abdullah |
| Perdana Menteri | Mahiaddin Yassin Ismail Sabri Anwar Ibrahim |
| Timbalan Menteri Pengajian Tinggi | |
| Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
| Raja | Al-Sultan Abdullah |
| Perdana Menteri | Ismail Sabri Yaakob |
| Menteri | Noraini Ahmad |
| Didahului oleh | Mansor Othman |
| Digantikan oleh | WARISAN Mohammad Yusof Apdal |
| Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air | |
| Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021 | |
| Raja | Al-Sultan Abdullah |
| Perdana Menteri | Muhyiddin Yassin |
| Menteri | Tuan Ibrahim Tuan Man |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | Mansor Othman |
| Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia | |
| Dalam jawatan 2015–2018 Berkhidmat with Abdul Fatah Iskandar | |
| Raja | Sultan Muhammad V |
| Timbalan Perdana Menteri | Ahmad Zahid Hamidi |
| Maklumat peribadi | |
| Parti politik | UMNO |
| Pasangan | Datin Suriani Shamsuddin |
| Tempat belajar | Universiti Sains Malaysia Universiti Malaya Universiti Kebangsaan Malaysia |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Gaji | RM32,347.65 sebulan |
Senator Dato' Dr. Ahmad Masrizal Muhammad ialah bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia berkuatkuasa 30 Ogos 2021 sehingga 10 Oktober 2022. Beliau sebelum ini merupakan Timbalan Menteri Alam Sekitar yang telah dilantik pada 10 Mac 2020 melalui pembentukan Kerajaan Perikatan Nasional.
Beliau merupakan individu yang mempunyai latar belakang pendidikan, pengalaman serta pengetahuan yang luas di dalam pendidikan, latihan dan politik sebelum di angkat menjadi Timbalan Menteri dan Senator.
Pada 3 Oktober 2020, beliau disahkan positif COVID-19 dan menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor. Sumber melaporkan beliau telah dimasukkan ke hospital tersebut sejak 1 Oktober 2020 selepas mengalami gejala-gejala virus tersebut. Keadaan beliau dilaporkan stabil.